Untuk Muat Turun
Soalan Gerak Gempur (GG) UPSR 2010
Sila klik Pada Gambar dibawah

Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
Hari ini kita berbicara tentang cara belajar. Tidak dinafikan bahawa belajar berkumpulan merupakan salah satu kaedah yang efektif selain belajar bersendirian. Ia membolehkan perkongsian matlamat dengan lebih pantas kerana komunikasi 2 hala dapat dijalankan dengan segera jika terdapat sebarang persoalan. Berbanding belajar secara individu, seseorang mungkin terpaksa mengambil masa yang agak panjang jika soalan itu sukar dijawab.
Selain itu, belajar berkumpulan sangat sesuai dijalankan untuk mempercepatkan proses pemahaman terhadap sesuatu pelajaran. Kesimpulannya, jika anda merasakan bahawa anda agak mengambil masa untuk memahami sesuatu subjek, maka jalan terbaik adalah dengan belajar berkumpulan.
9 tips belajar berkumpulan.
1. Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan yang terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.
2. Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan.
3. Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ‘ketua’ untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.
4. Baca tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.
5. Tentukan masa, tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan ahli.
6. Bentangkan tajuk dengan serius.
7. Buka sesi soal jawapan selepas tamatnya pembentangan.
8. Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.
9. Saling memberi dorongan antara satu sama lain.Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.
[rujukan:http://drinspirasi.com/blog/index.php/category/tips-belajar/]
1. Elakkan daripada membaca secara berterusan dan tidak berhenti. Berhenti seketika dan ujilah pemahaman anda setakat yang dibaca.
2. Gunakan teknik 1H dan 6W untuk mencari isi-isi penting. Ketika membaca cuba cari isi-isi yang dapat dikaitkan dengan 7 perkara tersebut.
How
Who
Where
Why
What
When
Which
3. Garis isi-isi penting. Pembacaan tanpa perbuatan hanya akan membuatkan anda cepat mengantuk. Oleh itu gerakkan jari anda dengan mengaris atau menyalin isi penting.
4. Gunakan bantuan alat pembelajaran yang lain. Contohnya seperti pen, highlighter untuk membant anda.
5. Elakkan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum sesi pembelajaran. Makanan yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan kandungan oksigen lebih banyak ke bahagian perut berbanding otak.
[rujukan:http://drinspirasi.com/blog/index.php/category/tips-belajar/]
Bahasa Inggeris hanya tersebar luas selepas Inggeris melakukan perluasan empayar, yang mana Malaysia juga termasuk ke dalam wilayah yang dijajah oleh Inggeris. Ini mengakibatkan pertukaran sedikit demi sedikit Lingua Franca di wilayah-wilayah ini termasuklah Malaysia.
Natijahnya, Bahasa Inggeris mula menerima pengaruh yang semakin besar dan telah diikitiraf sebagai bahasa yang paling banyak dituturkan oleh penduduk di dunia. Sebagai seorang rakyat Malaysia, menguasai bahasa inggeris ini merupakan satu kelebihan kepada kita kerana, kehidupan seharian kita yang semakin lama semakin banyak terisi dengan bahasa ini.
Jadi, dalam artikel kali ini terdapat 6 cara mudah untuk kita belajar dan menguasai Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, usah sekali-kali kita lupa bahasa ibunda kita sendiri kerana bak kata pepatah “bahasa itu jiwa bangsa”. Artikel ini hanya merupakan tip umum dan jika anda kreatif, anda boleh menggunakannya untuk bahasa-bahasa lain pula.
Bagi anda yang selalu menonton filem-filem atau cerita animasi, anda digalakkan untuk menonton filem/dokumentari yang menggunakan Bahasa Inggeris atau filem-filem luar negara yang menggunakan sari kata Bahasa Inggeris. Elakkan daripada menggunakan sari kata Bahasa Melayu. Ini bertujuan agar anda dapat menambahkan vocabulary anda seterusnya berupaya membina tatabahasa. Namun, jangan pula terikut-ikut dengan ciri-ciri negatif yang ditayangkan oleh filem-filem ini. Cari filem yang sesuai dengan anda.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk mempraktikkannya, atau anda malu untuk mengucapkan bahasa ini di hadapan orang lain. Tip ke-5 ‘cara mudah belajar Bahasa Inggeris’ ini mungkin dapat membantu anda.
Jika anda malu untuk menggunakan Bahasa Inggeris di hadapan orang ramai, anda boleh menggunakan cermin sebagai refleksi bagi menggambarkan anda sedang berkomunikasi dengan orang lain. Dengan menggunakan cermin sebagai refleksi orang lain, anda dapat menghilangkan perasaan gemuruh anda, seterusnya membina keyakinan anda dalam berbahasa Inggeris.
Akan tetapi, jangan terlalu bergantung kepada cermin untuk membina keyakinan diri. Keyakinan daripada hasil latihan ini hanya berguna untuk anda mula berkomunikasi dengan orang lain dan ia tidak dapat membantu selamanya. Anda perlu juga sekali-sekali berhadapan dengan manusia sebenar yang boleh diajak berkomunikasi dalam bahasa ini.
Sebenarnya tip terakhir bagi artikel ‘6 cara mudah menguasai bahasa inggeris’ ini merupakan kunci yang paling penting untuk anda menguasai Bahasa Inggeris. Anda perlu ubah dahulu pemikiran anda yang mengatakan bahawa, “Saya lemah/tidak boleh berbahasa inggeris“. Sekiranya anda dapat mengubah mind set ini, anda pasti dapat menguasai Bahasa Inggeris, percayalah.
Jika anda dapat menguasai tip ke-6 ini, 5 tips terdahulu akan menjadi semakin mudah dan anda akan mula berasa seronok dalam mempelajari apa jua bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris.
[rujukan:http://www.osmanaffan.com/petua-pandai-bahasa-inggeris.htm]